Tuesday, July 24, 2012

Officially Turning to Tuwenti-Two

Alhamdulillah. Satu angka kehadapan dah umur aku meningkat. Terima kasih yang tak terhingga kepada kaum keluarga, sahabat handai dan sesiapa sahaja yang wish birthday aku. Alhamdulillah, one step closer.. Haha, tertiba ternyanyi lagu Cristina Peri tuh pulak. Kiki. Apakah one step closer itu?

Actually one step closer yang aku maksudkan ialah tarikh pengumuman result exam. Hehe, well aku memang macam ni lah. Tiap kali exam sakit perut, nak dapat result pun sama. Tapi bukan semua exam aku sakit perut. Hkhkhkhkk, yang agak-agak mencabar minda dan macam tak confident tuh aku agak sakit perutlah. Macam haritu masa final bulan 6 hari tu, aku gila-gila sakit perut masa amek paper Financial Accounting & Reporting 1. Seriously bebeb, sakit perut bukan kepalang. So, harap-harap flying color lah result. Amin..


Love,
thefazfuzzylyn

Saturday, July 21, 2012

Ice Breaking Session

Rasa-rasanya. Ni dah kali yang keberapa aku buat balik blog. Maksud aku delete semua post aku, lepastu buat post baru. Tukar layout, tukar itu dan ini. Nak tukar nama, nak tukar semua tak best pulak. Sayang dengan nama ni. Rindu nak dengar orang panggil fazfuzzy fazfuzzy. Bila aku tengok balik profile blog ni, aku start berblog pada Januari 2009. Agak lama, tapi sayangnya follower aku takde lah ramai mana. Takpe, aku percaya akan silent readers. Hehe.. **perasan**

Punca kenapa aku stop berblog? Haish, banyak benda. Banyak perkara yang berlaku dalam hidup sepanjang 2009-2012. Banyak. Ada pahit, tawar, payau, manis dan semua rasa. Yang buruk jadikan sempadan yang baik jadikan teladan. Alhamdulillah. 

Ok, for our ice breaking session ni aku pun tak ada apa-apa yang penting pun nak cakap. Saja je. Nak test kemahiran menulis. Bukan senang nak jadi penulis, sebab kadang-kadang apa yang kita tulis ni boring, orang pun tak kisah tak hirau dengan apa yang kita tulis. Sebab itulah, aku start blog balik. Kali ni aku nak apa yang aku tulis biarlah dari hati yang tulus gitu. Maksud aku, aku dah tak hirau tentang pageview aku berapa, tak tertunggu jumlah followers berapa. 

Kali ni blog aku more to random things. Random is equal to Rawak. Boleh jadi benda yang peribadi ataupun mengarut, Hehe, oklah will update soon. 

Love,
thefazfuzzylyn