Saturday, July 21, 2012

Ice Breaking Session

Rasa-rasanya. Ni dah kali yang keberapa aku buat balik blog. Maksud aku delete semua post aku, lepastu buat post baru. Tukar layout, tukar itu dan ini. Nak tukar nama, nak tukar semua tak best pulak. Sayang dengan nama ni. Rindu nak dengar orang panggil fazfuzzy fazfuzzy. Bila aku tengok balik profile blog ni, aku start berblog pada Januari 2009. Agak lama, tapi sayangnya follower aku takde lah ramai mana. Takpe, aku percaya akan silent readers. Hehe.. **perasan**

Punca kenapa aku stop berblog? Haish, banyak benda. Banyak perkara yang berlaku dalam hidup sepanjang 2009-2012. Banyak. Ada pahit, tawar, payau, manis dan semua rasa. Yang buruk jadikan sempadan yang baik jadikan teladan. Alhamdulillah. 

Ok, for our ice breaking session ni aku pun tak ada apa-apa yang penting pun nak cakap. Saja je. Nak test kemahiran menulis. Bukan senang nak jadi penulis, sebab kadang-kadang apa yang kita tulis ni boring, orang pun tak kisah tak hirau dengan apa yang kita tulis. Sebab itulah, aku start blog balik. Kali ni aku nak apa yang aku tulis biarlah dari hati yang tulus gitu. Maksud aku, aku dah tak hirau tentang pageview aku berapa, tak tertunggu jumlah followers berapa. 

Kali ni blog aku more to random things. Random is equal to Rawak. Boleh jadi benda yang peribadi ataupun mengarut, Hehe, oklah will update soon. 

Love,
thefazfuzzylyn